Monday, November 2, 2009

MAJLIS CUKUR JAMBUL MIKHAIL
























































Tanggal 31hb Oktober 2009, majlis cukur jambul Danish Mikhail b Alemi telah di adakan di kampung suami saya iaitu di Kampung Gamin Hilir, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Walaupun keadaan cuaca yang agak merisaukan kerana hujan tak henti-henti tapi alhamdulillah, perjalanan semua acara bermula dengan berzanji, berendoi, marhaban, selawat dan cukur jambul berjalan dengan lancar. Tiga ekor kambing menjadi korban aqiqah dan seramai lebih kurang 200 tetamu hadir dan pulang dengan senyuman..

























No comments:

Post a Comment