Thursday, November 5, 2009

MUSIM TENGKUJUH

Musim tengkujuh dah mula menjelma. Ramai warga Pantai Timur dah mula bersiap menghadapi banjir. Tahun ni tak dapat di ramalkan adakah banjir sekadar menjadi melengkap kalendar tahunan atau menjadi tragedi yang bakal tersimpan dalam memori.. kadang-kadang saya rasa gerun kalau tibanya musim banjir.. takut melihat kanak-kanak di biarkan main air dengan alasan sekadar paras lutut, tetapi ramai yang tidak sedar.. bahaya boleh datang bila-bila. Selalunya, kalau tiba musim banjir, saya antara beribu rakyat Kelantan yang tak tidur lena. Masakan tidak, rumah saya betul-betul menghadap ke Sungai Manal.
Walaupun setakat ini belum ada rekod yang menunjukkan rumah saya terhapus oleh air tapi kami sekeluarga akan terperangkap dalam rumah kerana di luar rumah air mencecah paras pinggang.

No comments:

Post a Comment