Blog tentang diri saya. Nama yang di pilih mama dan babah ialah Noor Surianie bt Mohd Soba. Lahir 23 Februari 1982. Call sign dalam radio amatuer 9W2SUE sempena nama manja saya SUE. Sudah bersuami, Alemi Abd Manap atau lebih dikenali sebagai 9W2DBX. Blog ini lebih kepada kehidupan peribadi saya tetapi saya mengalu-alukan rakan ham untuk mengikutinya dan mengeratkan lagi silaturrahim
Sunday, October 4, 2009
SUSAHNYA NAK DAPAT PEMBANTU YANG BAIK
Hari ini hari yang benar-benar menduga kesabaran. Setelah saya menghantar pulang pembantu rumah Indonesia saya yang mula buat perangai, saya perlu melakukan 2 kerja dalam satu masa diantara kerja dan anak2. Kemudian, ejen pembantu rumah mengkhabarkar niat saya untuk mendapatkan kembali pembantu rumah saya yang lama termakbul. Serta-merta saya bergerak ke Temerloh untuk menjemputnya dari majikannya sekarang. Persiapan langsung tak dibuat, dengan dokumen yang belum di fotostat, kami sekeluarga terus menuju ke Temerloh. Lebih kurang jam 7 malam baru sampai. Perjanjian pertukaran majikan di buat. Hati lega sebab bibik yang ini serasi dengan anak saya. Dari Temerloh terus bertolak ke Kelantan. Badan penat Tuhan saja yang tahu, tapi kerana nak dapatkan pembantu yang benar-benar tidak menyakitkan hati sememangnya sukar. Walaupun pada pandangan sesetengah bahawa majikan yang jahat tapi saya mula faham kenapa sesetengah majikan hilang sabar. Pembantu saya yang saya hantar baru-baru ini amatlah mengecewakan. Saya tidak memintanya mengemas rumah cuma saya nak anak-anak saya terjaga. Anak saya langsung tak dimandikan, makan pun tak dihirau, menagis tak dipujuk malah pinggan yang dia makan pun saya yang kena cuci. Pakaiannya sendiri disepah2kan. Yang paling menyakitkan hati, duit saya, telefon, barang-barang habis dicuri. Walau di beri amaran berulangkali, duit saya tetap hilang dan dijumpai bersamanya. Sebelum hilang sabar, saya ambil langkah drastik menghantarnya pulang. Entah, marah pun salah, biar naik kepala...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment