Friday, October 2, 2009

HARI RAYA

Lepas satu, satu majlis Hari Raya. Badan dah naik penat mengunjungi rakan taulan.. Saya sendiri tak dapat buat jamuan tahun ini. Tak ada pembantu rumah, mengejar anak sama sibuknya dengan mengejar dateline. Fuh... Sebut pasal hari raya, rasanya hari raya lebih meriah pada zaman kanak-kanak. Suasananya berlainan. Dulu pelita buluh, sekarang pelita karan. Dulu main meriam buluh, sekarang mercun Thailand. Ketupat pun dah tak ori lagi. Susah nak jumpa ketupat yang dibuat dengan daun kelapa. Yang banyak ketupat ready made. Beli n rebus, siap!! Ingat kecik2 dulu menjelang hari raya asyik bergaduh ngan mama sebab nak menolong buat kuih raya walaupun hakikatnya banyak mengacau dari membantu. Bersepah-sepah dapur. Sekarang nak buat kek pun bahan2 dah tersedia dalam satu kotak. kacau n bakar. Biskut just buat pakai jari telunjuk jer. Yang penting poket ada isi. Kalau poket kempis semua tak jalan. saya beruntung punya kakak ipar yang pandai serba serbi dalam hal kek dan biskut. Jadi cuma pesan dengan nya. Tak payah ke kedai pun!! Lagi cepat. Suami pun memahami dengan tidak men demand nak macam-macam sempena hari raya sebab dah termaktub tiap-tiap hari raya kitorang cuma beraya kat kampung keluarga saya dan suami. Jadi tak ada la sibuk tukar langsir baru, kusyen baru, karpet baru n serba-serbinya baru. Segalanya masih yang sama. Dah tiga kali pindah sebelum tinggal dirumah kekal sekarang, perabotnya masih yang sama cuma bertambah serba sedikit untuk mengubah dekorasi. Itu saja. Sempena hari raya yang mulia. Saya memohon ampun dan maaf dari kawan-kawan satu sekolah, satu tempat kerja dulu, satu politeknik, rakan-rakan ham andai selama ini ada tersalah silap dalam berbahasa. Maaf zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment