Wednesday, December 8, 2010

Cuti Yang Membosankan

Cuti sekolah ini memang membosankan.. kerja katering yang selalu berlambak jadi hampir tiada tempahan lantaran hujan tak henti menandakan musim banjir hampir tiba jadi mungkin orang pun berkira-kira nak buat tempahan katering kerana takut majlis tak menjadi...
Saya pulang dirundung malang berganda apabila kerisauan tentang kesihatan ibu bapa mertua bertamabah kerana anak kecil dimasukkan ke hospital kerana sebelah kanan paru-parunya tertutup kerana mengallami selsema yang terlalu lama... empat malam di hospital saya dan suami memohon jasa baik doktor melepaskan kami pulang... Ah... berat mata bila asyik duduk tanpa rancangan begini....

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Yang Tak Dirasai

Tahun ini aidl adha langsung tak mengujakan... seperti biasa aidiladha kami akan pulang ke negeri sembilan dahulu baru pulang ke kelantan tetapi musibah menimpa bila ibu mertua dimasukkan ke wad bila dia mengadu agak letih bila pergi ke keklinik kesihatan berdekatan, H A di klinik mengesaki jantung nya tak stabil... Suasana kecoh pada asalnya dek kalut membuat lemang,rendang, wajik tiba2 sunyi....suara mak yang biasa memeriahkan suasana tak ada pada hari raya tahun ini... lemang yang di tinggalkan pada mat-mat indon untuk dijaga separuhnya hangus... separuh lagi mentah (kerana tak ada pengalaman).. hrmmmmm!

Thursday, November 4, 2010

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf

Suasana Banjir

Foto MenarikFoto Menarik

Wednesday, September 22, 2010


Pemergian dua insan tatkala orang lain sedang bergembira menyambut lebaran..

Buat Kak Ninie, (Gambar kiri) kenangan bersama Kak Ninie dan pertolongan yang di berikan akan Sue ingat sampai mati..
Kak Ninie adalah salah satu kakak ipar yang baik, langsung tak ada masalah dengan adik beradik yang lain...
Aku mula terasa kehilangan seorang demi seorang insan yang menyenangkan hati.. diri ini sudah perlu belajar berdikari.. tiada tempat ngadu tiada tempat bersandar lagi... hari esok tetap perlu ditempuhi walau dia tiada lagi.. aku sedikit terkilan kerana disaat rezekinya sedang mencurah datang, dia pergi mengadap Illahi.. Kak Ninie damailah dirimu disana...
Ayah Long (Gambar kanan) pula adalah bapa saudara yang sangat penyayang... sangat-sangat penyayang... malah dialah tempat aku mengadu domba setiap kali hati terusik pilu.. sehingga saat-saat akhirnya.. sms masih ku terima dengan nasihat yang memang tak pernah berhenti kunjung tiba.. kini aku mula rindu pada smsnya. Kadang-kala aku sedikit menyesal kerana adakalanya smsnya tak ku balas lantaran sibuk.. Ayah Long... pergilah ayahlong tenang disana.. kaklong relakan kerana kaklong perlu merelakannya...

Wednesday, August 4, 2010

TIADA LELAKI YANG SEMPURNA

Kalau tengok berita-berita kebelakangan ini, aku jadi takut.. takut sangat... banyak betul kes-kes skandal suami orang dengan orang lain.. lagi teruk kalau skandal dengan suami orang... aku tak nak memuji suamiku baik tapi aku bersyukur sebab dia kategori 'Ok' lah bagi ku...
Kalau nak ada suami yang sempurna memang mustahil... kalau iman tak kuat apa pun boleh berlaku.. kalau iman kuat pun syaitan pulak mengganggu...
Dua-tiga hari lepas aku mendapat berita.. penceraian rakan sekolah ku, anak 3... 4 tahun, 3 tahun dan yang kecil 2 bulan.. puncanya.. Perempuan lain.. aku pun jadi hairan.. Desperate sangat ke perempuan sekarang sampai nak cari laki orang.. kena pulak kalau perempuan tu dah kawin... macam hilang akal.. tinggal anak-anak pada suami sebab nakkan lelaki lain yang belum tentu hala tuju baik ke tidaknya... MACAM-MACAM

Saturday, July 24, 2010

Jalan-jalan Ke Bandung






Pada 14hb Jun lepas, saya sekeluarga bersama adik saya, Ariff Adhlan dan bibik (pengasuh) ke Indonesia. Sekadar jalan-jalan dan menikmati suasana di negara orang. tiba kat Jakarta sekitar pukul 3.00 ptg waktu Indonesia. First step sampai kat sana saya dan keluarga dah di pengaruhi perangai lucu sebab kekok menggunakan matawang beribu-ribu... rasa macam duit yang dibawa tak habis-habis.
Dari Jakarta, kami terus ke Bandung tanpa pusing-pusing di Jakarta dulu sebab Mikhail dah mula menangis sebab dia memang mudah letih kalau jalan jauh-jauh. Driver yang menjemput bernama Pak Odih. Sampai kat Bandung pukul 8.00 malaam. Pak Odih sangkakan kami akan kepenatan. Dia terkejut bila sampai kat hotel, suami saya terus beritahu nak keluar pusing-pusing pukul 9 malam. Malam tu just saya, suami dan Adam yang keluar. Yang lain tinggal kat hotel. Tidur. First place kitorang pergi KFC. Saja nak try. MASIN BANGET!!! Heran betul saya! Memang selera orang sini agaknya. Setengah ketul ayam goreng pun tak habis. Saus Sambal (Sos cili) pun masin... Puas saya cari air mineral tapi tak jumpa... last-last ternampak kat satu Mart... rupanya diorang panggil Aqua.. patotla..
2nd Day.. bibik saya nak jumpa dengan suaami dan anak-anaknya. Mulanya kitorang ingat nak ke kampungnya tapi Pak Odih nasihatkan jangan.. saya tak tahu kenapa... rupanya orang sebelah sana tak segan minta duit kalau tahu tetamu dari Malaysia.. kalau ke kampungnya alamatnya habislah semua duit yang dibawa.. Malah bila suaminya datang bersama bapa saudaranya pun ke hotel, bapa saudaranya pun minta duit dari saya... untuk belanja katanya...
kami ke Tangkuban Parahu.. salah satu gunung berapi yang masih aktif disana. Disebabkan niat saya bukan untuk 'shopping' dan saya memang bukan jenis kaki shopping jadi saya ambil peluang ini menghabiskan masa dengan menuruni cerun gunung berapi itu hingga kedalam kawah gunung berapi... perjalananan naik dan turun memang meletihkan... sepanjang 8 kilometer tapi pengalamannya memang tak dapat dilupakan. Saya siap diurut dengan lahar gunung (boleh tahan panasnya) walaupun berhabisan ratusan ribu rupiah disitu (guide saja Rp200 ribu sejam).
Balik dari Tangkuban Parahu, Pak Odih tanya samada nak ke shopping mall tapi kitorang taknak. Dia naik hairan sebab dia cakap biasanya orang Malaysia nak shopping sampai berjam-jam. So kitorang singgah kat satu tempat jual jeans. Tak sampai 30 minit kitorang dah siap beli dua helai jeans. Tu jer...
3rd day.. Saya dan family tak tahu nak kemana... so biar la Pak Odih bawa kemana pun... tapi malamnya memang best... makan kat Kampung Daun. Dia kata restoran tu paling mahal kat Bandung tapi takde la mahal sangat pun..... tapi kalau compare semua restoran (yang dia bawa memang semua restoran besar) memang yang ini paling mahal.. tapi sayang, masa g kampung Daun.. satu kamera pun tak bawa...
4th day.. Ala.. cepatnya masa berlalu.. dah nak balik.... takpelah.. next year ingat nak g Australia tapi perasaan nak ke Indonesia sekali lagi... tunggu lah....

Mama rindu


Bersendiri kat rumah tiba-tiba hati di ulik rindu pada Puteri yang satu... Lama betul rasanya tak melawat kekubur.. masakan tidak.. kalau ke kubur mesti hati saya berkecamuk dan serba tak kena... dari berdosa memikirkan benda tak sepatutnya baik saya memendam rasa dirumah.
Adik Asha benar-benar buat mama haru, gundah hati bila merindu.. Ya Allah.. berikan aku seorang pengganti Puteri ku ini.... Damia Amna Aisha 15 Mei 2007 - 27 Mei 2007

Thursday, February 25, 2010

Adik dah sihat


Lega rasanya bila Dr Mazidah bagitahu Mikhail dah sihat. Esok boleh balik..... Last Phisyo tadi semua lendir dah takder.............


Wednesday, February 24, 2010

BIRTHDAY YANG MELETIHKAN
















22 Februari... saya panik sebab bila tengok muka Mikhail yang tiba - tiba berubah biru.. Sian anak mama ni... call Dr Mazidah jam 3 petang tapi perjalanan yang cuma 58km rasanya macam 580km dek lori yang yang putus-putus dihadapan. Lepas potong ada yang lain pula...
Nasib baik Mikhail tak meragam sangat tapi kesian tengok matanya yang layu... saya agak... mesti asma macam abang dia jugak..
Sampai hospital, punyalah ramai pesakit menunggu.. ni hospital swasta.. kalau hospital kerajaan tak tahulah berapa ramai lagi yang menunggu...
Benar ramalan saya, Mikhail pun ada asma... lebih menyedihkan pada masa yang sama naik pula bertih pada hari kedua di hospital... Bermulala rutin menunggu anak kecil ni kat hospital... biasa menunggu Adam.. dah jadi biasa.. saya bin gung sebab Mikahil di hospital dan Adam juga perlu diberi perhatian di rumah... Nasib baik suami memahami dan anak pun selesa dengannya.
23 februari... dah malam baru teringat ulangtahun kelahiran diri sendiri... Happy bithday Sue... ala sedihnya... dah makin tua.....
Apa-apa pun Adik lagi penting... cepat-cepatlah sihat dik... boring la mama kat sini...