Blog tentang diri saya. Nama yang di pilih mama dan babah ialah Noor Surianie bt Mohd Soba. Lahir 23 Februari 1982. Call sign dalam radio amatuer 9W2SUE sempena nama manja saya SUE. Sudah bersuami, Alemi Abd Manap atau lebih dikenali sebagai 9W2DBX. Blog ini lebih kepada kehidupan peribadi saya tetapi saya mengalu-alukan rakan ham untuk mengikutinya dan mengeratkan lagi silaturrahim
Thursday, November 18, 2010
Hari Raya Yang Tak Dirasai
Tahun ini aidl adha langsung tak mengujakan... seperti biasa aidiladha kami akan pulang ke negeri sembilan dahulu baru pulang ke kelantan tetapi musibah menimpa bila ibu mertua dimasukkan ke wad bila dia mengadu agak letih bila pergi ke keklinik kesihatan berdekatan, H A di klinik mengesaki jantung nya tak stabil... Suasana kecoh pada asalnya dek kalut membuat lemang,rendang, wajik tiba2 sunyi....suara mak yang biasa memeriahkan suasana tak ada pada hari raya tahun ini... lemang yang di tinggalkan pada mat-mat indon untuk dijaga separuhnya hangus... separuh lagi mentah (kerana tak ada pengalaman).. hrmmmmm!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment