Membaca keluaran terbaru Mastika Julai 2011.. aku menangis tersedu-sedu.. hobiku sebagai peminat setia majalah itu terbantut.. Luahan hati seorang ibu yang kehilangan anak lantaran penyakit yang tak mengenal mangsanya.. sedih betul aku.. kalau aku kehilangan anak yang cuma seusia 12 hari pun traumanya terasa sehingga kini, bagaimanalah perasaan ibu itu yang saban hari menanti hari perginya anak kecil yang manja dipanggil Abang buat selama-lamanya.. Teguh hatinya cuba melunaskan semua kehendak anak kecil itu yang pelbagai, merayu dengan pemandu lori sampah, jengkaut, bomba untuk anaknya merasa menaiki kenderaan idamannya.. Anak kecil itu mungkin tak tahu dirinya bakal di jemput Illahi.. lantaran itu gembiralah hatinya kerana segala permintaannya termakbul.. yang aku fikirkan.. mungkinkah dia tahu dia bakal meninggalkan manusia yang melahirkannya? Bukan menidakkan kehendak Tuhan, bukan mahu melawan takdir Esa.. namun andainya dia mengerti.. tentu tak sanggup dia pergi meninggalkan ibunya yang begitu kuat, begitu sayangnya dan begitu cekal mengharungi situasi itu.. Tuhan sudah mengatur yang terbaik.. ibunya yang tahu anaknya bakal pergi sempat menunaikan kewajipannya, sempat memberi kasih sayang yang seutuhnya...
Ingatan aku terus berputar pada diri sendiri.. kalau dia mampu mengharunginya.. kenapa tidak aku... sehingga kini aku tak betah lama di kuburan Damia Antasha.. terlalu rindu padanya.. aku kan cuba membuang sedikit kesediahn itu.. walaupun tiap kali terlihat anak-anak perempuan kecil.. hati ku mesti terusik namun aku tahu.. Asha tenang di sana.. Asha, tunggu mama di sana! AlFatihah..
mati itu pasti..hidup InsyaAllah
ReplyDelete