Wednesday, September 22, 2010


Pemergian dua insan tatkala orang lain sedang bergembira menyambut lebaran..

Buat Kak Ninie, (Gambar kiri) kenangan bersama Kak Ninie dan pertolongan yang di berikan akan Sue ingat sampai mati..
Kak Ninie adalah salah satu kakak ipar yang baik, langsung tak ada masalah dengan adik beradik yang lain...
Aku mula terasa kehilangan seorang demi seorang insan yang menyenangkan hati.. diri ini sudah perlu belajar berdikari.. tiada tempat ngadu tiada tempat bersandar lagi... hari esok tetap perlu ditempuhi walau dia tiada lagi.. aku sedikit terkilan kerana disaat rezekinya sedang mencurah datang, dia pergi mengadap Illahi.. Kak Ninie damailah dirimu disana...
Ayah Long (Gambar kanan) pula adalah bapa saudara yang sangat penyayang... sangat-sangat penyayang... malah dialah tempat aku mengadu domba setiap kali hati terusik pilu.. sehingga saat-saat akhirnya.. sms masih ku terima dengan nasihat yang memang tak pernah berhenti kunjung tiba.. kini aku mula rindu pada smsnya. Kadang-kala aku sedikit menyesal kerana adakalanya smsnya tak ku balas lantaran sibuk.. Ayah Long... pergilah ayahlong tenang disana.. kaklong relakan kerana kaklong perlu merelakannya...