Kalau Adam bercakap memang tak terlawan.. soalan yang terkeluar pun tak terfikir dek akal kita nak menjawabnya.. Hmmm... Adam...
Blog tentang diri saya. Nama yang di pilih mama dan babah ialah Noor Surianie bt Mohd Soba. Lahir 23 Februari 1982. Call sign dalam radio amatuer 9W2SUE sempena nama manja saya SUE. Sudah bersuami, Alemi Abd Manap atau lebih dikenali sebagai 9W2DBX. Blog ini lebih kepada kehidupan peribadi saya tetapi saya mengalu-alukan rakan ham untuk mengikutinya dan mengeratkan lagi silaturrahim
Tuesday, December 22, 2009
ANAK KU DAH BESAR RUPANYA
Monday, December 7, 2009


Alhamdulillah.. banjir tak seteruk yang diramalkan... tetapi kadang-kadang ramalan cuaca benar-benar membantu kita mempersiapkan diri menghadapinya..
Cuaca dah mula sedikit hangat... membantu menyelesaikan banyak kerja yang tertangguh.. Kesian tengok pembantu rumah terpaksa menggosok semua pakaian supaya cepat kering dek cuaca yang lembap..
Jiwa agak kacau satu dua hari ini...tak tahu kenapa.. mungkin badan terlalu penat kerana Mikhail dah mula meragam dan kerja pula tak pernah-pernah habis.. semakin menimbun adalah.. Adam pula asyik merengek ajak pergi jalan-jalan.. Satu perkara tentang anak saya yang sulung ini.. dia tak teruja untuk ke pusat pusat peranginan yang berasaskan taman tema seperti Genting Highland, Sunway Lagoon atau taman- taman tema lain tetapi dia lebih suka sesuatu yang advanture seperti camping, ke pulau-pulau dan belayar... jadi, kalau musim sebegini, tempat yang boleh di lawati terlalu terhad kerana ombak terlalu tinggi..
Pengalaman ke Pulau Redang bulan 3 yang lalu benar - benar menguji keberanian.. kami mengharungi ombak setinggi 10-12 kaki dengan speed bot kecil menuju ke feri yang berada di tengah-tengah laut kerana feri tak dapat mendekati pesisir.. Basah kuyup kami dalam bot.. walaupun sudah tak terkira banyaknya pengalaman menaiki pot ke pulau-pulau tetapi yang ini tak dapat saya lupakan.. tetapi saya salute Adam sebab dialah satu-satunya orang atas bot itu yang langsung tak tergugat.. (malah lolipop di tangannya pun tak terlepas) Mama sayang Adam..
Subscribe to:
Posts (Atom)